Read Frekuensi Proletar by Azhar Ibrahim Free Online


Ebook Frekuensi Proletar by Azhar   Ibrahim read! Book Title: Frekuensi Proletar
Language: English
Format files: PDF
The size of the: 5.87 MB
v The author of the book: Azhar Ibrahim
Edition: Penerbitan Langit
Date of issue: December 19th 2015
ISBN: No data
ISBN 13: No data
City - Country: No data

Read full description of the books Frekuensi Proletar:

"KEBAHAGIAAN YANG TERUNGKAP DI SEBALIK KATA"

Sesiapa yang maklum tentang naskhah purba putera Siddharta pasti bingung terhadap dunia. Dia akan bingung terhadap kehidupan. Dia lantaran tercengang dengan perjalanan alam serta segala misteri di dalamnya. Justeru, sekiranya dia mempunyai nilai romantis tinggi ditambah daya fikiran yang halus lagi peka maka dia pun sekonyong menjelma menjadi seorang perwira mistik, dan dengan tidak semena-mena dia pun menghembus kata-kata menjadi tajam umpama anak panah berbisa hingga akhirnya menembus dada para pendengar juga pembaca.

Semenjak era Asas 50 lagi para sasterawan/sasterawati tempatan asyik bertegang urat tentang apakah ‘seni’ itu? Untuk apakah ia? Seni untuk masyarakat atau seni untuk hal-hal kesenian itu sendiri. Polemik ini berpanjangan dari zaman Keris Mas, Masuri S.N, Hamzah, sehinggalah zaman pascamoden ini di mana seorang Muhamad Daniel Haiqal Hazriq Aiman asyik masyuk menaip esemes cinta bersajak melankolia dengan teks trengkas untuk mengajak teman wanitanya menonton wayang
kemudian bermalam bersama sebelum mengerang dek gejolak syahwat yang teramat dahsyat, hingga akhir sekali melepas nafas kelegaan maka badan pun terkujur layu di atas singgahsana, lesu dan pilu. Ya, sewaktu peristiwa ini berlaku pun para seniman, orang sastera masih lagi berpolemik hal seni itu untuk apa sebenarnya?

Daniel Haiqal tadi pun berlanjutan termenung. Mengenang nasib diri.

Nasib cinta yang bersemi di hati. Adakah cinta itu sebuah seni? Menurut Rilke, ‘Cinta itu terbina begini; dua orang penyendiri yang kemudian berjumpa, saling melindungi dan menegur satu sama lain’.

Aku kenal sosok bernama Adam dan Azhar. Namun aku tidak pernah tahu tentang diri mereka secara mendalam. Sekadar berjumpa di pesta-pesta sastera dan seni di ibukota, kami selalunya bertegur sapa. Apabila aku diminta untuk menulis prakata, maka aku sedikit tersentak. Adakah aku ini layak untuk bermadah pujangga bagi buku antologi pertama (tidak termasuk
terbitan naskhah zine) kedua-dua anak muda ini yang bagiku punya gaya, pesona dan aura yang aneh sekali? Kamu akan mendesah, ‘ah, poyolah engkau Farez, gagal dalam percubaan merendah diri kerana kami sedar kau dalam diam-diam menjustifikasi betapa tingginya nilai kecendekiawanan, kepujanggaan diri kau untuk dihebahkan kepada khalayak ramai.’ Yin dalam Yang dan Yang memeluk Yin.

Kau akan dapati ada dengungan lalat dan langau yang bising di kedua belah telinga, ‘buku sajak adalah buku tak laku’. Frasa ini berdengung setiap waktu kau hendak menulis sesuatu. Namun, kau tahu dan sedar setiap hari di dunia ini ada saja manusia yang dilimpahi ilham oleh yang Maha Halus kemudian mereka menukil beberapa kata indah yang syahdu, mengalirkan ke sungai khali lalu tersangkut di perdu jiwa paling tidak seorang
khalayaknya, orang asing yang terdengar/terbaca/terlihat di sebalik persembunyian, malu-malu untuk berkenalan.

Begitulah.

Dan sajak pun saling bertaburan di atas kertas sebelum dijahit digam untuk dibukukan, mengulangi apa yang pernah dipersembah oleh para moyang kita dahulukala. Maka lahirnya klise.

Pak Latiff menulis, ‘Jangan sangka bahawa yang klise itu datang hanya daripada karya orang lain. Padahal tanpa kusedari selama ini, aku pun banyak menyumbangkan klise - perulangan imej, gambar, kata, kalimat... dengan gaya atau rentak tertentu!’ Aku yang dimaksudkan oleh Pak Latiff itu adalah dia, tetapi merangkumi aku si penulis prakata, termasuk Adam dan Azhar penyajak yang teringin menjadi depani-garda (avantgarde) dan
juga kau si pembaca buku ini termasuklah tujuh bilion manusia lain di atas mukabumi ini yang cuba mengacah untuk meluah rasa seni, juga susastera.

Kerana ‘Sajak Sekadar Tempat Persembunyian Sementara’, begitu ujar si Karl dalam mahakaryanya Sekumpulan Epitaf & Surat-Surat Yang Lewat, maka aku pun cuba untuk berseloroh namun sebenarnya menasihati si Adam yang aku diberitahu beberapa sajaknya di dalam buku ini berinspirasikan pengalaman sewaktu dia di dalam penjara selepas peristiwa serbuan polis di Rumah Api, Ampang beberapa bulan nan lalu.
Begini. Sekiranya anda, para penyair muda, bohemia yang ikhlas untuk berbakti, berbudi dan hidup bebas untuk berekspresi, kemudian diugut, ditangkap dan dimalukan, maka alangkah teruk dah hodohnya rupa para kuasawan yang cuba menghalang usaha-usaha murni demikian?

Sajak-sajak Azhar dan Adam di dalam buku ini, banyak bernada romantis namun dalamnya juga ada nada kritis. Mereka pengikut stoisisme dalam kehidupan yang penuh banal. Seperti Yin dan Yang tadi, mereka juga terhubung kait. Ada nuansa yang terselindung cuba menonjol unik, eka dalam aneka, namun ada penyatu yang saling mengikat sesama mereka. Mereka pencinta (wanita, ibu, kedamaian, sejagat) namun mereka juga
vipembenci (hipokrit, diktator, aparat, skeptik).

Seperti dari sebuah sajak Azhar yang bertajuk Iqra’, maka aku pun menekan akan dikau yang sedang memegang buku ini, bacalah! Bacalah buku ini. Supaya dengan membaca kau juga berupaya menjadi siddharta*.

*Siddharta bermaksud ‘manusia yang telah menemukan makna
kehidupan’. Berasal dari kata Sanskrit, ia adalah gabungan kata
siddha yang bermaksud ‘berjaya’ dan artha yakni ‘apa yang dicari’.

— M. Farez
(Penulis, Penyair, Pelukis &
Pengarah Urusan Kaukab)

"MENJADI PENULIS ADALAH SATU SUMPAHAN"

Jika manusia biasa dikurniakan dengan lima jenis deria asas, saya mengesyaki penulis dipinjamkan dengan barangkali lima puluh jenis deria.

Penulis.

Satu kelompok manusia yang tiada daya nyahpeduli terhadap segala sesuatu, baik kecil atau besar, ketara atau tersembunyi, nyata atau separa fantasi.

“...ada indah sebalik ceracak pepohon simen,
terutama di tepian lantai batu,
bersempadankan denai gila.”

AKU & KUALA LUMPUR DI SUATU HUJUNG MINGGU
(Azhar Ibrahim)

Menjadi penulis saja sudah satu sumpahan, apa kiranya pula penulis puisi?

Penulis puisi bukan sekadar memiliki lima puluh jenis deria, malah tiap satu daripada deria itu berfungsi dengan keupayaan prihatin yang paling tinggi.

Sebagai contoh, jika deria penglihatan, keupayaan penglihatannya adalah yang terpaling tajam. Malah mampu menembusi lahiriah - umpama mutan.

“...cahaya
lampu yang mengalih warna
janggutku sehingga hujungnya perang. “
“...dingin
yang terlalu ingin
melihat sum-sumku membeku”

“...hujan memetik tangkai doa
di lereng ubun-ubunku
hingga basah masuk ke dalam mata.”

TANGKAI DOA DI LERENG UBUN-UBUNKU
(Achmed Adam)

Tatkala membaca karangan Achmed Adam yang begitu deskriptif, saya memuatkan diri saya dalam puisi beliau dan saya langsung terbayang di tangan saya sebuah kanta pembesar. Gambaran beliau yang amat terperinci membuatkan saya terfikir, apa jenis mata yang beliau ada dalam kepala?

“Ketika embun baru sahaja usai menitis,
ketika dingin hawa mulai mencengkam
hujung jemari kaki,
ketika itulah bangkitnya kau dari empuk tilam,
menjengah sang suami kira-kira perlu kemas
diselimuti,
menjengah anak kira-kira ada nyamuk perlu
ditepuk mati,
menjengah dapur kira-kira ada rezeki untuk
dibikin sarapan nanti.”

SEGALANYA, IBU
(Azhar Ibrahim)

Saya sangat senang bagaimana Azhar Ibrahim mengangkat bundanya melalui satu momen pagi, dan bukan rangkuman ribuan momen sepanjang hidup. Walhal boleh saja seperti kebanyakan puisi-puisi keibuan yang lain, beliau bercerita tentang pengorbanan si bunda yang melahirkan, membesarkan, dan seterus-terusnya. Namun tidak, beliau memetik satu momen dalam satu hari, iaitu pagi, dan seperca pagi itu dikirai-kirai dengan penuh teliti dan perhati.

“Kautahu, emak?
matari di tempatku bingung.
Ke mana lagi harus ditumbangkan bayangnya
kalau bukan lagi pada uban di kepalamu?
Tulisan-tulisan yang tidak kau faham
telah menghitamkan rambutmu yang putih.

Kautahu, emak?
matari di tempatku tumbang.
Bola matanya tertancap pada mata kelabumu,
yang tak mampu lagi menjahit kain perca
untuk dibuat alas meja dan penutup mesin
jahitmu.”

KAUTAHU, EMAK?
(Achmed Adam)

Sebagaimana puisi percintaan, puisi keibuan merupakan antara baka puisi yang lazim sekali. Cabaran puisi yang lazim sebegini adalah, bagaimana penulis hendak menggubahnya dan mencanainya agar tidak menjadi “sekadar satu lagi puisi percintaan / keibuan.” Ini boleh saja disahut baik oleh penulis yang kenal soal sudut pandang sebagai kuncinya. Sudut pandang mampu menjadi satu alat yang cukup berkesan jika kesemua deria dihidupkan. Achmed Adam memilih zahir bundanya seperti uban, kepala, rambut, dan mata untuk dijadikan kenderaan yang menyampaikan isi sebenar puisi.

Perbezaan yang nyata di antara Azhar Ibrahim dan Achmed Adam saya kira adalah satu kekuatan Frekuensi Proletar. Walaupun mereka berdua terbukti penulis puisi yang sungguh menggunakan deria mereka sehabis mungkin, tetapi mereka masih berlainan dari segi gaya bahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat, tumpu subjek, dah ruh am. Azhar Ibrahim misalannya, seorang kekasih. Perkataan “cinta” disebut sebanyak 18 kali dan perkataan “hati” ditulis sebanyak 35 kali
dalam 50 buah puisi coretan beliau. Manakala dalam 49 buah puisi nukilan Achmed Adam, perkataan “cinta” - 0 dan perkataan “hati” - 9! Bagi saya, ini adalah kontradiksi yang harus diraikan. Tentulah nombor nombor ini tidak memaktubkan apa-apa yang pasti, namun sedang kita membincangkan hal penulisan kreatif (yang pada umum adalah remeh dan subjektif), sekali sekala menarik juga apabila kita ‘bermain matematik’ dan ‘mencari formula’, terutama dalam mengkaji sifat kepengarangan seseorang penulis. Berbanding Azhar Ibrahim yang menyelami perasaan dan emosi, Achmed Adam sepertinya
mendalami ruang dan masa. Perkataan “waktu” digunakan sebanyak 20 kali dan ini tidak termasuk perkataan “matari” /
“matahari” - 11 (ruang) serta perkataan “malam” - 11 (masa). Sekali lagi, ini cuma pemerhatian lapisan pertama. Relevan untuk ditimbangkira sebagai sebahagian kecil daripada sebuah analisa yang mengada-ngada.

Ah, menjadi penulis adalah satu sumpahan.

Kebarangkalian besar waktu menguli karya, dua orang penulis puisi ini tidak sepenuh sedar pun akan perkataan-perkataan yang mereka gunakan dan seberapa kerap perkataan-perkataan tersebut ditaipkan. Puisi sememangnya dimensi yang berupaya memisahkan diri penulis dengan alam hakiki. Bahasa sekadar jambatan. Perkataan-perkataan tadi sekadar kenderaan yang
membawa cerita dan rasa dari deria-deria penulis yang peka ke hati-hati pembaca yang menerima. Saya salah seorang kecil yang menikmati keindahan ini. Frekuensi Proletar adalah hasil sumpahan yang saya harap tiada ubatnya.

— Wani Ardy
(Penulis, Pemuisi, Pemuzik, Pembimbing
& Penggerak Pasar Buku Boco)


Frekuensi Proletar read online



Read information about the author

Ebook Frekuensi Proletar read Online! Sales & Publishing Coordinator, In-house Editor of #Terfaktab


Reviews of the Frekuensi Proletar




Frekuensi Proletar read online



Add a comment to Frekuensi Proletar




Read EBOOK Frekuensi Proletar by Azhar Ibrahim Online free

Download PDF: frekuensi-proletar.pdf Frekuensi Proletar PDF